Wednesday, September 29, 2010

kepunyaan



menginginkan sesuatu yang jauh dari jangkauan,orang kata,bukan mustahil.
mahukan seseorang yang sudah dipunya dia,orang kata,bukan mustahil.
jika dia itu benar sudah ditentu untuk kamu,maka itulah.


cuma sepanjang jalan untuk tahu apa dia itu benar dipunya aku,sakitnya ada.



p/s: orang kata a,b,c mudah.tapi kalau sudah ditakdir Tuhan dia itu bisu,manakan mahu terkeluar a,b,c dari dia itu.

Tuesday, September 28, 2010

tercarik




di setiap kerlipan lampu kamera kamu,ada harapan aku.
di setiap kali kereta kau lalu,ada impian aku.


tapi aku tak rasa ini yang akan ditentukan untuk kita-kita ini.berterus teranglah.

aku ini bukanlah siapa-siapa di mata kamu.kan?


p/s: ini rupanya rasa mahu menjadi istimewa untuk manusia.gila.memang gila.

Wednesday, March 17, 2010

self destruct huh?

i am terrified,if i can't stop you from leaving.
and then i sit and think,

why bother too much?
let it go,let it free.
just because you don't want to set it free,
doesn't mean you have to keep it here.
next to you.

and then i smile.beat it.go.for good.


p/s: letting go.isn't as hard as keeping something that don't wanna be with us anymore.

Sunday, March 14, 2010

warna

biru merah ungu dan jingga,
hijau dan kuning juga.

jangan diminta ke aku si pelangi.
sebab yang aku ada hanya tinta hitam..

satu warna yang kau sendiri takkan suka.

lupakan semua.kita memang bukan satu.

p/s: mahu yang bukan2,dan meminta ke orang yang sepatutnya adalah sangat lain dengan mahu yang bukan2 dan meminta ke manusia yang memang takkan pernah ada untuk membagi.

Monday, March 8, 2010

dulu lagi ramai yang canang.

semua hilang,bila petunjuk Tuhan datang.
berterabur balik semula kita-kita ini.
tak apa.
dibolehkan bernafas lagi,

kan?

syukur.
jadi-jadilah tu.

redha.
padamkan.diamkan.

dan serah pada Tuhan.

Saturday, March 6, 2010

sedikit dari kamu

bagi aku sebahagian kecil dari berat fikiranmu.
lebih-lebih,sungguh aku takkan mampu.

kongsi perca-perca dari sempit nafasmu,
lebih-lebih,jangan.
aku lelah mengampu.

sedikit dahulu.biar tak hilang cinta aku.
ah,banyak pun takkan pernah pudar.
cuma itu,aku takkan mampu.
takkan pernah.

tidak akan.

sebab kamu,abah.

lelaki yang pertama sekali aku curahkan cinta dengan sebetul-betul penghayatan nya.

p/s: bila makin tua,kita makin faham apa rasa mahu menjaga.

fizikal

di ketuk,tunduk.
di tarik,diam.
di sepak,golek.
di maki,merah padam.

kadang-kadang,perlakuan fizikal mungkin takkan bawa makna apa2.cuma perlu main dengan perasaan.lepaslah nanti.

separuh

tumpahkan semua.
biar berdesir desir,
biar perlahan,
asalkan ada yang sudi menelinga.

mengaku.dalam setiap diri manusia,akan ada sebahagian darinya yang dahaga telinga dan jiwa seorang manusia lainnya.

Monday, January 25, 2010

maaf

maaf,demi beberapa titik lagi airmata yang aku bazirkan.

p/s: sometimes,a smallest goodbye can make a big change to your heart.

Friday, January 22, 2010

berapa kali lagi kena jadi

pada setiap ayat yang di lontar,
pada setiap kata yang di lempar,
semuanya ada engkau.


setiap saat yang sudah dilepas,
setiap detik yang sudah dibazir,
atau selepas keringnya air selepas hujan,
di tanah merah itu,
terletup lah dada,berkecai dengan isi-isi nya.


dan aku lah itu,yang hilang,bila kau langkah tak pusing ke belakang.



p/s:tak semua manusia sama.dia mungkin biasa2 bila hilang sesuatu.tapi akan ada yang terkuis hati bila dilepaskan semua berlalu begitu.

Wednesday, January 20, 2010

pilihan

kosong.senyap sunyi.
atau
penuh.hingar bingit.


sekarang pilih.tangan sudah terbuka.
tinggal mahu menyauk yang mana.
suka hati engkau aja lah.

sebab kita manusia;
memilih,memang kesukaan kita.

sebab kita manusia;
pilihan kita dibalikkan semula dengan takdirNya.

masih mahu pilih lagi?

Thursday, January 14, 2010

masih

lari sampai kau rasa cukup jauh.
berhenti bila kau rasa cukup mengah.

tapi aku kisah apa.

aku ada di sini.masih.