Saturday, March 6, 2010

sedikit dari kamu

bagi aku sebahagian kecil dari berat fikiranmu.
lebih-lebih,sungguh aku takkan mampu.

kongsi perca-perca dari sempit nafasmu,
lebih-lebih,jangan.
aku lelah mengampu.

sedikit dahulu.biar tak hilang cinta aku.
ah,banyak pun takkan pernah pudar.
cuma itu,aku takkan mampu.
takkan pernah.

tidak akan.

sebab kamu,abah.

lelaki yang pertama sekali aku curahkan cinta dengan sebetul-betul penghayatan nya.

p/s: bila makin tua,kita makin faham apa rasa mahu menjaga.

No comments: