Wednesday, March 17, 2010

self destruct huh?

i am terrified,if i can't stop you from leaving.
and then i sit and think,

why bother too much?
let it go,let it free.
just because you don't want to set it free,
doesn't mean you have to keep it here.
next to you.

and then i smile.beat it.go.for good.


p/s: letting go.isn't as hard as keeping something that don't wanna be with us anymore.

Sunday, March 14, 2010

warna

biru merah ungu dan jingga,
hijau dan kuning juga.

jangan diminta ke aku si pelangi.
sebab yang aku ada hanya tinta hitam..

satu warna yang kau sendiri takkan suka.

lupakan semua.kita memang bukan satu.

p/s: mahu yang bukan2,dan meminta ke orang yang sepatutnya adalah sangat lain dengan mahu yang bukan2 dan meminta ke manusia yang memang takkan pernah ada untuk membagi.

Monday, March 8, 2010

dulu lagi ramai yang canang.

semua hilang,bila petunjuk Tuhan datang.
berterabur balik semula kita-kita ini.
tak apa.
dibolehkan bernafas lagi,

kan?

syukur.
jadi-jadilah tu.

redha.
padamkan.diamkan.

dan serah pada Tuhan.

Saturday, March 6, 2010

sedikit dari kamu

bagi aku sebahagian kecil dari berat fikiranmu.
lebih-lebih,sungguh aku takkan mampu.

kongsi perca-perca dari sempit nafasmu,
lebih-lebih,jangan.
aku lelah mengampu.

sedikit dahulu.biar tak hilang cinta aku.
ah,banyak pun takkan pernah pudar.
cuma itu,aku takkan mampu.
takkan pernah.

tidak akan.

sebab kamu,abah.

lelaki yang pertama sekali aku curahkan cinta dengan sebetul-betul penghayatan nya.

p/s: bila makin tua,kita makin faham apa rasa mahu menjaga.

fizikal

di ketuk,tunduk.
di tarik,diam.
di sepak,golek.
di maki,merah padam.

kadang-kadang,perlakuan fizikal mungkin takkan bawa makna apa2.cuma perlu main dengan perasaan.lepaslah nanti.

separuh

tumpahkan semua.
biar berdesir desir,
biar perlahan,
asalkan ada yang sudi menelinga.

mengaku.dalam setiap diri manusia,akan ada sebahagian darinya yang dahaga telinga dan jiwa seorang manusia lainnya.