Sunday, June 23, 2013

sampai mati takkan dapat.

aku tanya diri sendiri;
apa benar kau ini?
takkan mahu cinta buta sampai mati.

kau ini siapa?

dia itu si lelaki ternama;
nama di laung,gambar ditosok ke dinding ratusan gadis yang mahu cintanya.

kau ini siapa?

dia itu lelaki pengkarya;
yang sudah tentu hartanya raya.

tapi engkau,kau;

hanya satu gadis yang jiwanya hanya mahu dia.
gadis yang walau dia buat macam mana,
tetap setia menahan memusnah diri menguatkan tulang belakang si dia.

di situlah sedihnya ada;

aku ini duduk di belakang
haruslah tidak dipandang.


KLIA May 2013,
dalam perjalanan menunggu pesawat,mahu ke liburan bikinan si dia.

No comments: